... submit to the ord... 2510 x 3000 | 2MB

Aslim Wal Hanifah kekal selamanya

Aslim Wal Hanifah kekal selamanya
bermainn dimata hatiii iman di dada ....

Thursday, July 29, 2010

Pada tanggal 27 julai yang lepas Muhammad Aqil Baihaqi Bin Ahmad Salimi Bin Mohd Najib Bin Haji Alias Bin Awang@Ismail, Sebelah Ibu Muhammad Aqil Baihaqi Bin Ahmad Salimi Bin Mohd Najib Binti Nik Hamidah Binti Nik Man Bin Nik Wan cukup setahun umurnya.
Anakku sudah pandai berjalan, bermain dengan kakaknya Nur Falihah.anakku sudah tumbuh gigi. Cukup setahun dia pandai berjalan dan kurang jatuh ke lantai.

Berkasih sayang sesama

Kasih sayang merupakan satu perkara dalam setiap manusia.
Kasih sayang perlu diterapkan di dalam hati seorang. Jangan kita lupa bahawa kasih sayang itu hanya pinjaman dari Allah untuk hambanya. Bagaimanakah kasih sayang itu boleh dimulakan dan dimanakah kita hendak memulakan kasih sayang itu yang sebenarnya?
Kasih Sayang itu perlu kita titikberatnya pertama sekali ialah pada Allah s.w.t. Dalam firman Allah s.w.t mafhumnya, kita hendaklah menyanyangi Allah dari segala harta benda kita barulah Allah taala mengaku hambanya.
Baik kita tanya diri kita sekarang adakah kita tergolong dalam hamba Allah yang bertakwa?
Sekiranya kita termasuk dalam hamba Allah yang bertakwa maka secara automatik kasih sayang itu akan lahir dalam diri kita dan perhubungan kita dengan keluarga kita akan kuat, hubungan sosial kita dan muamalat kita akan menjadi kuat.
Maka akan lahir umat-umat yang ramai yang bertakwa kepada Allah taala.