... submit to the ord... 2510 x 3000 | 2MB

Aslim Wal Hanifah kekal selamanya

Aslim Wal Hanifah kekal selamanya
bermainn dimata hatiii iman di dada ....

Thursday, August 26, 2010

Posting Mengajar Di Sekolah Baru

Bissmillah hirrahmanirrahim......

Alhamdulillah, bersyukur kita kehadrat Allah s.w.t, di atas kuniaan nikmat dan rahmat yang berpanjangan kepada saya dan rakan-rakan sekalian.

Pada hari yang penuh berkat ini iaitu bulan ramadhan, sama-samalah kita penuhi dengan amalan-amalan ibadat yang mana pada bulan inilah doa cepat diterima oleh Allah s.w.t.

Bulan ramadhan adalah bulan terbaik untuk saya menerima hadiah daripada Allah taala. Cukup bermakna bagi saya yang mana bulan ramadhan ini penuh dengan rahsia-rahsianya. Allah telah menerima doa saya pada bulan ramadhan ini. Allah telah mengabulkan doa saya dapat posting mengajar di Sekolah Kebangsaan Puchong Utama 1. Alhamdulillah dan sujud syukur kepada Allah s.w.t.

Semoga perkongsian ini dapat memberi semangat untuk rakan-rakan membaca blog saya ini.