... submit to the ord... 2510 x 3000 | 2MB

Aslim Wal Hanifah kekal selamanya

Aslim Wal Hanifah kekal selamanya
bermainn dimata hatiii iman di dada ....

Friday, July 8, 2011

Assalamuaikum wbth

Salam sejahtera kepada rakan-rakain semua semoga kita berada didalam rahmat Allah selalu.
Sesungguhnya Allah akan memberi kita kejejahteraan berpanjngan sekiranya kita tidak lalai dalam mengingatinya selalu.

Allah swt..berfirman mafhunnya:" Sesungguhnya orang yang berjaya dalam kehidupan mereka ialah orang yang khusyuk dalam solat mereka."

Allah taala sentiasa berada di samping orang-orang yang bersabar.
Pada hari Jumaat yang penuh dengan keberkatan ini marilah mengejar dan menuntut ilmu sama dan sesungguhnya Allah taala akan memberi kejayaan kepada kita. Ilmu Allah terlalu banyak.

Thursday, August 26, 2010

Posting Mengajar Di Sekolah Baru

Bissmillah hirrahmanirrahim......

Alhamdulillah, bersyukur kita kehadrat Allah s.w.t, di atas kuniaan nikmat dan rahmat yang berpanjangan kepada saya dan rakan-rakan sekalian.

Pada hari yang penuh berkat ini iaitu bulan ramadhan, sama-samalah kita penuhi dengan amalan-amalan ibadat yang mana pada bulan inilah doa cepat diterima oleh Allah s.w.t.

Bulan ramadhan adalah bulan terbaik untuk saya menerima hadiah daripada Allah taala. Cukup bermakna bagi saya yang mana bulan ramadhan ini penuh dengan rahsia-rahsianya. Allah telah menerima doa saya pada bulan ramadhan ini. Allah telah mengabulkan doa saya dapat posting mengajar di Sekolah Kebangsaan Puchong Utama 1. Alhamdulillah dan sujud syukur kepada Allah s.w.t.

Semoga perkongsian ini dapat memberi semangat untuk rakan-rakan membaca blog saya ini.

Thursday, July 29, 2010

Pada tanggal 27 julai yang lepas Muhammad Aqil Baihaqi Bin Ahmad Salimi Bin Mohd Najib Bin Haji Alias Bin Awang@Ismail, Sebelah Ibu Muhammad Aqil Baihaqi Bin Ahmad Salimi Bin Mohd Najib Binti Nik Hamidah Binti Nik Man Bin Nik Wan cukup setahun umurnya.
Anakku sudah pandai berjalan, bermain dengan kakaknya Nur Falihah.anakku sudah tumbuh gigi. Cukup setahun dia pandai berjalan dan kurang jatuh ke lantai.

Berkasih sayang sesama

Kasih sayang merupakan satu perkara dalam setiap manusia.
Kasih sayang perlu diterapkan di dalam hati seorang. Jangan kita lupa bahawa kasih sayang itu hanya pinjaman dari Allah untuk hambanya. Bagaimanakah kasih sayang itu boleh dimulakan dan dimanakah kita hendak memulakan kasih sayang itu yang sebenarnya?
Kasih Sayang itu perlu kita titikberatnya pertama sekali ialah pada Allah s.w.t. Dalam firman Allah s.w.t mafhumnya, kita hendaklah menyanyangi Allah dari segala harta benda kita barulah Allah taala mengaku hambanya.
Baik kita tanya diri kita sekarang adakah kita tergolong dalam hamba Allah yang bertakwa?
Sekiranya kita termasuk dalam hamba Allah yang bertakwa maka secara automatik kasih sayang itu akan lahir dalam diri kita dan perhubungan kita dengan keluarga kita akan kuat, hubungan sosial kita dan muamalat kita akan menjadi kuat.
Maka akan lahir umat-umat yang ramai yang bertakwa kepada Allah taala.

Monday, June 14, 2010

Perpindahan

Bismillahirrahmanirrahim............

Tanggal 12hb Jun 2010 saya sekeluarga berpindah ke rumah baru di Puchong, Taman Putra Prima. Bila berpindah semua orang tahu bahawa itu kerja yang paling boring dan letih. Semua orang tak mahu berpindah apakan daya itu bukan hak kita. Sebab apa saya mengatakan begitu?sebabnya ialah itu bukan rumah saya beli lagi.
Selama seminggu proses berpindah dan mengemas. Pada hari sabtu baru selesai mengemas. letih pun belum hilang lagi. Saya mengambil cuti rehat selama seminggu. Alhamdulilllah semunya selesai.

Friday, June 4, 2010

lawatan

Program Dakwah
Bil Hal
di Hospital Serdang . Menziarahi para pesakit di setiap Wad dan memberi hamper setiap seorang.

Tazkirah Pagi Jumaat


Assalamualikum wbth............

Bersyukur kita kehadrat Allah taala dengan rahmat dan inayahnya dapat kita berceloteh ibadah pada harini, semoga kita berada dalam keadaan sihat walafiat.
Pada hari ini kita telah diberikan oleh Allah nikmat yang terlalu banyak. Sehinggakan kita melupai akan ganjaran-ganjaran dari Allah taala. Dan ada sesetengah juga lalai dalam kenikmatan dunia waiazubillah, mintak Allah menjauhkan diri kita dari kelalaian tersebut.
Allah taala menyanyangi dan kasihan akan makhluk-makhluknya. Tetapi apakan daya, makhluk-makhluknya tidak semua yang menyanyangi Allah taala.
Dalam hadist Nabi s.a.w, Nabi s.a.w bersabda: Tujuh golongan yang akan mendpat perlindungan pada hari akhirat yang pertama,pemimpin yang adil, pemuda yang membesar dengan beribadat kepada Allah Taala, lelaki yang hatinya sentiasa terikat dengan masjid, dua lelaki yang berkasih sayang kerana Allah samada ketika bertemu atau berpisah, lelaki yang di ajak oleh wanita yang berpengaruh dan berwajah cantik untuk melakukan maksiat lalu dia berkata, "sesungguhnya aku takut kepada Allah( akan siksaannya," lelaki yang bersedekah dengan sedekah secara sembunyi sehingga tangan kirinya tidak mengetahui aapa yang di sedekahkan oleh tangan kanannya dan lelaki yang mengingati Allah bersendirian lalu berlinangan air m